Selamat datang

KoIKMa BERHAD

Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Berhad

 Daftar : Koop Institusi 37  |  MOF : 357-02046721

Sepintas Lalu

KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD atau lebih dikenali dengan nama KOOPMKM telah ditubuhkan pada 16 Mei 1987 di bawah Akta Koperasi 1993. Pada 23 September 2016, nama ini telah didaftar tukar kepada nama baru, KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA BERHAD. Pada 13 Januari 2022, nama ini telah ditukar kepada KOPERASI WARGA INSTITUT KOPERASI MALAYSIA BERHAD (KoIKMa). Menjalankan fungsi Pengguna dan Perkhidmatan selaras dengan aktiviti semasa yang dijalankan.

Matlamat penubuhannya tetap sama, iaitu untuk meningkatkan penjanaan pendapatan yang menguntungkan untuk kepentingan ekonomi anggota-anggotanya selaras dengan prinsip koperasi serta bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepenggunaan kepada anggota.

Statistik SEMASA
01.
0
Tahun Penubuhan
02.
0
Tahun Beroperasi
03.
0
Jumlah Anggota
04.
0
Modal Syer Anggota
05.
0
Modal Yuran Anggota

Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Berhad YM/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan/ Cik,

NOTIS MESYUARAT AGUNG KOPERASI WARGA INSTITUT KOPERASI MALAYSIA BERHAD KALI KE 34

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara diatas

2. Adalah dimaklumkan bahawa Koperasi Warga Institut Koperasi Malaysia Berhad akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Kali Ke 34 pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 27 September 2023 (Rabu)
Tempat : Auditorium Dato’ Abdul Majid, IKMa
Masa : 8.30 Pagi

3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
a) Mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang ke 33, bertarikh 26 Jun 2022
b) Membentangkan laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman;
c) Menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi termasuk laporan Lembaga di bawah perenggan 59(1)c) Akta dan laporan juruaudit, dan pengagihan untung bersih teraudit; jika ada;
d) Melantik anggota Lembaga;
e) Menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan koperasi bagi tahun kewangan yang berikutnya;
f) Meluluskan elaun yang akan diberikan kepada anggota Lembaga;
g) Meluluskan pelantikan suatu panel yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit, yang merupakan juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, untuk mengaudit akaun koperasi:
h) Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan wang lebihan koperasi mengikut seksyen 54 Akta;
i) Menentukan had maksima keterhutangan koperasi;
j) Melantik jawatankuasa yang terdiri daripada enam anggota dan empat Lembaga, untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
k) Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa cadangan atau hal urusan lain koperasi yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat dipanggil telah diberikan kepada koperasi;
l) Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-Undang Kecil Koperasi;
m) Mendengar dan meluluskan apa-apa aduan, yang dibawa oleh mana-mana anggota koperasi yang terkilan dengan keputusan Lembaga, yang baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari sebelum mesyuarat agung dipanggil telah diberikan kepada koperasi ini; dan
n) Menimbang dan meluluskan mana-mana laporan yang dikehendaki supaya dikemukakan mengikut peraturan-peraturan, jika ada.

Bagi Agenda (k), sekiranya terdapat usul yang hendak dikemukakan oleh anggota ia mestilah secara bertulis dan diterima tujuh (7) hari sebelum MAT. Usul tersebut hendaklah diterima oleh pihak Koperasi selewatnya pada 20 September 2023 (Rabu)

Bagi Agenda (m), sekiranya terdapat aduan oleh anggota yang terkilan, hendaklah dibuat secara bertulis dan diterima oleh pihak Koperasi selewatnya pada 20 September 2023 (Rabu)

PAUTAN BUKU LAPORAN TAHUNAN : BUKU LAPORAN TAHUNA N KE 34

This will close in 20 seconds

Scroll to Top
Scroll to Top